Wednesday, January 4, 2012

Gubahan Bunga Pahar.. jom buat sendiri..

cewah.. tajuk  macam seorang yang amat terer membuat bunga pahar.. aahhaaa..
kali ni nak cerita tentang gubahan bunga pahar yang dibuat hasil keras tangan sendiri..
permintaan dari seorang insan yang amat2 meminta tolong.. beliau akan bertunang tak lama lagi,
tapi disebabkan beliau ini teramat la busy dengan segala macam schedule, maka pertolongan dari insan yg tak reti + tak penah buat bunga pahar ini amat diperlukan..

digagahi jua ku google merata tgk contoh2.. kata beliau tadi tu, nak yang simple2 je.. tapi nak nmpk mcm fresh walaupun hanya guna bunga plastik.. kekekekekeke...

so pada masa insan lain busy dengan new year holiday, me & hubby busy terjah kedai kraft and kedai bunga..
maka semua bahan sudah tersedia.. untuk gubahan 9 dulang hantaran..

misi :
1. google gambar yang dikehendaki DONE!
2. cari bahan2 mentah:
-bunga size sederhana n kecik, daun paku pakis, pelekat bunga,dawai bunga, riben:organza n satin, kertas tisu warna hijau and coklat,polystyrene foam board, polysterene glue, glue gun refil stick,kotak2 plastik..
( haruslah kene beli bahan tersebut.. kalau tak beli kira misi tak menjadi ye) DONE!
3. mulakan aktiviti gubah bunga pahar DONE!
4. gubahan bahan hantaran DONE! updated 25 Jan 2012
5. final touch up.. DONE! updated 26 Jan 2012


steps utk MISI ke 3:
 
gunting2 bunga satu2 daripada bunch die..
(antara peralatan.. xboleh display smua pasal ade budak kecik yang teringin nak 'main' sama2)


nk gubah jadi mcm ni tau nanti.. ni mcm blue print dlu..


sesudah siap dicantum2..diikat2..diselotape2..di tambah riben.. bunga pahar pn siap.. nnt tambah riben organza masa nak gubah barang2 hantaran nanti.. walaupon tak cantik tapi dah cuba sedaya upaya okeh.. beginner la katakan..

sila tunggu untuk misi seterusnya.. :)

No comments: