Sunday, January 1, 2012

31 DEC 2011

hari terakhir tahun 2011..
aktiviti kami bertiga pada hari ini - servis kereta.. sebab lepas servis kereta terus nak ke Shah Alam ( cari kedai barang2 hantaran di Seksyen 19.. CT Handicraft)

dari Puchong bangun awal2 terus ke pusat servis yang terletak di Bandar Pinggiran Subang.. jauh kan.. haha.. tapi sebab memang servis di sini bagus kami rela pergi sambil jalan2.. memang dari zaman ade kereta ni kami wajib servis kereta kat sini.. dari zamam menyewa di Kota Damansara.. bila pindah ke Puchong pernah cuba servis kereta di 2 tempat area Puchong, tapi kurang berpuas hati.. so terus sambung servis di Bandar Pinggiran Subang ni jugak.. tak ape la jauh.. sambil2 jalan2 cuci mata ke Ikea, 1Utama, The Curve..

 kakak yang menyanyi2 kat waiting room.. buat mcm rumah sendiri dah.. kebetulan tak ramai orang hari ni.. :)

tekun tengok pakcik2 & abang2 servis kereta..

ni ye alamat servis center ni.. selesa..
waiting room ada aircond, ada WIFI, ade mineral water, candy, coffee machine..
yang penting servis yang bagus dan pekerja yang peramah :)
(mummy promote je.. takde dapat sesen pon.. tapi sebab puas hati.. maka apa salahnya bagitau orang kan..kan..)

Lon G AUTO SERVICES SDN BHD
(PROTON Authorised Services Center)
No.11A, Jalan Apollo U5/194, Seksyen U5,
Bandar Pinggiran Subang,
40150 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-7845 2413, 03-7845 3413
Fax: 603-7845 6413

No comments: