Monday, January 30, 2012

pelamin bertunang a.k.a mini pelamin

tiba-tiba jd bidan terjun bangunan... jadi penggubah hantaran & penghias pelamin bertunang.. 1st time dalam hidup buat kerja-kerja ni.. google serba sedikit tengok orang buat pelamin bertunang a.k.a mini pelamin..
maka edisi cari bahan bermula.. yang mana rasa perlu dibeli, yang mana rasa boleh diguna pakai dari bahan-bahan yang sedia ada.. maka terhasil lah pelamin bertunang a.k.a mini pelamin macam kat bawah ni..
kos sikit sahaja sebab banyak barang di guna pakai a.k.a recycle balik.. :) sehari sebelum bertunang, siap la mini pelamin ni.. di pasang dgn bantuan yang dirai, dan suami tercinta.. :) mummy xleh panjat2 sgt sbb dh 6 bulan pregnant.. :D tapi ade jgk terpanjat sikit2 sbb nk betulkan ape2 yg patut..


sehari sebelum: Mini Pelamin utk majlis bertunang ain & hasrul

Wednesday, January 4, 2012

Gubahan Bunga Pahar.. jom buat sendiri..

cewah.. tajuk  macam seorang yang amat terer membuat bunga pahar.. aahhaaa..
kali ni nak cerita tentang gubahan bunga pahar yang dibuat hasil keras tangan sendiri..
permintaan dari seorang insan yang amat2 meminta tolong.. beliau akan bertunang tak lama lagi,
tapi disebabkan beliau ini teramat la busy dengan segala macam schedule, maka pertolongan dari insan yg tak reti + tak penah buat bunga pahar ini amat diperlukan..

digagahi jua ku google merata tgk contoh2.. kata beliau tadi tu, nak yang simple2 je.. tapi nak nmpk mcm fresh walaupun hanya guna bunga plastik.. kekekekekeke...

so pada masa insan lain busy dengan new year holiday, me & hubby busy terjah kedai kraft and kedai bunga..
maka semua bahan sudah tersedia.. untuk gubahan 9 dulang hantaran..

misi :
1. google gambar yang dikehendaki DONE!
2. cari bahan2 mentah:
-bunga size sederhana n kecik, daun paku pakis, pelekat bunga,dawai bunga, riben:organza n satin, kertas tisu warna hijau and coklat,polystyrene foam board, polysterene glue, glue gun refil stick,kotak2 plastik..
( haruslah kene beli bahan tersebut.. kalau tak beli kira misi tak menjadi ye) DONE!
3. mulakan aktiviti gubah bunga pahar DONE!
4. gubahan bahan hantaran DONE! updated 25 Jan 2012
5. final touch up.. DONE! updated 26 Jan 2012


steps utk MISI ke 3:
 
gunting2 bunga satu2 daripada bunch die..
(antara peralatan.. xboleh display smua pasal ade budak kecik yang teringin nak 'main' sama2)


nk gubah jadi mcm ni tau nanti.. ni mcm blue print dlu..


sesudah siap dicantum2..diikat2..diselotape2..di tambah riben.. bunga pahar pn siap.. nnt tambah riben organza masa nak gubah barang2 hantaran nanti.. walaupon tak cantik tapi dah cuba sedaya upaya okeh.. beginner la katakan..

sila tunggu untuk misi seterusnya.. :)

Sunday, January 1, 2012

31 DEC 2011

hari terakhir tahun 2011..
aktiviti kami bertiga pada hari ini - servis kereta.. sebab lepas servis kereta terus nak ke Shah Alam ( cari kedai barang2 hantaran di Seksyen 19.. CT Handicraft)

dari Puchong bangun awal2 terus ke pusat servis yang terletak di Bandar Pinggiran Subang.. jauh kan.. haha.. tapi sebab memang servis di sini bagus kami rela pergi sambil jalan2.. memang dari zaman ade kereta ni kami wajib servis kereta kat sini.. dari zamam menyewa di Kota Damansara.. bila pindah ke Puchong pernah cuba servis kereta di 2 tempat area Puchong, tapi kurang berpuas hati.. so terus sambung servis di Bandar Pinggiran Subang ni jugak.. tak ape la jauh.. sambil2 jalan2 cuci mata ke Ikea, 1Utama, The Curve..

 kakak yang menyanyi2 kat waiting room.. buat mcm rumah sendiri dah.. kebetulan tak ramai orang hari ni.. :)

tekun tengok pakcik2 & abang2 servis kereta..

ni ye alamat servis center ni.. selesa..
waiting room ada aircond, ada WIFI, ade mineral water, candy, coffee machine..
yang penting servis yang bagus dan pekerja yang peramah :)
(mummy promote je.. takde dapat sesen pon.. tapi sebab puas hati.. maka apa salahnya bagitau orang kan..kan..)

Lon G AUTO SERVICES SDN BHD
(PROTON Authorised Services Center)
No.11A, Jalan Apollo U5/194, Seksyen U5,
Bandar Pinggiran Subang,
40150 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-7845 2413, 03-7845 3413
Fax: 603-7845 6413