Saturday, September 17, 2011

Cucur udang & kentang

hari ni hari sabtu, semua tido petang tadi.. tiba2 bangun tido hujan renyai2 + rasa lapar la pulak..
maka hidangan ad-hoc hari ini ialah cucur udang yang simple ini..

resipi sendiri agak2 je tadi so bila tulis entry ni dh lupe kuantiti sbnr sebab main cedok tepung pakai sudu je..

bahan-bahan lebih kurang macam ni la..
2 cawan tepung (lebih kurang)
5-6 ekor udang sederhana (dipotong kecik2)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
sedikit daun kucai (dipotong 1/2 inci)
1 biji kentang dipotong dadu kecik2 (supaya cepat masak masa goreng nanti)
1 biji telur size A
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk knorr pasti sedap (tak nak letak pun xpe..tapi kalau letak jd sedap sket :) )
air secukupnya..

caranya:
gaul semua bahan2.
panaskan minyak dalam kuali
goreng dengan api sederhana.
dah masak nnt potong2 kecik2 dan makan dengan sos pencicah thai..
slurppp sedap dimakan dikala laparrrr... hihi

0 comments: