Wednesday, September 21, 2011

Doa murah rezeki

Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu

Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan
 Amin.

egg tart

harini blajar buat egg tart...resipi macam biasa amik dari myresipi..
hasil die pon xde la secantik orang2 yang pro tu kan..
ok fr the 1st time.. ni la egg tart buatan sendiri sedap juga..
nnt nk cri tray / bekas utk buat tart.. ni guna muffin tray kecik size s maka tart pun kecik je la..


+ dh terlebih garing ha.. hihi xpe.. nnt try buat lagi skali okeh..

Sunday, September 18, 2011

Doa Anak-anak Sejahtera

“Ya Allah,
peliharakanlah anakku selama di dalam kandunganku
dan sembuhkanlah ia,
Engkau Maha Penyembuh,
tiada sembuhan melainkan penawarMu,
sembuhan yang tidak meninggalkan kesan buruk.
Ya Allah,
lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.

Ya Allah ya Tuhanku,
peliharakanlah anak-anakku
Ya Allah ya Tuhanku,
jadikanlah anak-anak ku sihat sempurna,
cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh.
Ya Allah ya Tuhanku,
elokkanlah akhlak anak-anak ku
dan fasihkanlah lidah mereka
dan perelokkan suaran mereka untuk membaca
hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”


InsyaAllah Aleesya bakal menjadi kakak tak lama lagi.. :)
Rezeki Ramadhan kali ini..
semoga keluarga kami terus dilimpahi dengan Rahmat & Rahim dari Ilahi
jauhkan lah kami dari sebarang musibah & malapetaka.
Amin.

(update: utk keputusan rasmi belum pasti lagi ye.. kene tggu keputusan doktor la.. sebab 1st test -ve, 2nd test +ve jadi mcm2 kebarangkalian la..kene test lagi sekali la.. untuk kepastian..)

Saturday, September 17, 2011

Cucur udang & kentang

hari ni hari sabtu, semua tido petang tadi.. tiba2 bangun tido hujan renyai2 + rasa lapar la pulak..
maka hidangan ad-hoc hari ini ialah cucur udang yang simple ini..

resipi sendiri agak2 je tadi so bila tulis entry ni dh lupe kuantiti sbnr sebab main cedok tepung pakai sudu je..

bahan-bahan lebih kurang macam ni la..
2 cawan tepung (lebih kurang)
5-6 ekor udang sederhana (dipotong kecik2)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
sedikit daun kucai (dipotong 1/2 inci)
1 biji kentang dipotong dadu kecik2 (supaya cepat masak masa goreng nanti)
1 biji telur size A
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk knorr pasti sedap (tak nak letak pun xpe..tapi kalau letak jd sedap sket :) )
air secukupnya..

caranya:
gaul semua bahan2.
panaskan minyak dalam kuali
goreng dengan api sederhana.
dah masak nnt potong2 kecik2 dan makan dengan sos pencicah thai..
slurppp sedap dimakan dikala laparrrr... hihi

Wednesday, September 14, 2011

Seminar Berpantang cara Alami & Penyusuan Susu Ibu

ini adalah iklan kemasyarakatan untuk hari ini.. pengiklanan secra ikhlas dr ibu untuk ibu2 yang lain :)
saya menyokong penuh exclusive breastfeeding :) yang terbaik untuk anak2 kita sekiranya kita mampu.. apa salahnya kan.. :) walau semoden mana dunia, sehebat mana teknologi, susu ibu adalah yang terbaik.. sekurang kurangnya untuk 6 bulan pertama :D dan amatlah bagus sekiranya mampu bertahan untuk lebih lama lagi ye..


Mari sertai "Seminar Berpantang cara Alami & Penyusuan Susu Ibu" anjuran bersama Pa&Ma, Susuibu.com & Sarakids pada 2 Oktober 2011 (Ahad) di Auditorium, Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Pertanyaan sila hubungi Team Pa&Ma : 03-51017415/7360/7326/7557
/7360. Dapatkan borang penyertaan di sini http://susuibu.com/uploads/seminar.pdf
 
 

suka buat dialog aleesya pada gambar-gambar dia

Selalunya akan tangkap gambar si Aleesya bila dia mula membuat aksi-aksi hebat dia tu.. macam aksi beserta ngomelan kecik akan keluar.. macam-macam gaya.. baik-buruk-cute-comel-bijak-nakal.. macam-macam..
and selalunya mummy suke post kat wall facebook je.. ahaha senang kan.. sebab tak payah nak karang panjang2 ayat2 tu.. post gambar pastu tulis caption dialog2 dia kat bawah gambar2 tu..

antara post di facebook.. :)
ini pada 7 Januari 2011,aleesya berumur 15bulan :D dah tau buka padlock ye..tp sebab banyak kunci kat situ die xtau kunci mana yg betul.. main jolok je mana2 kunci pd padlock tu..
pastu mmg hobi dia, asal petang nk g playground..

ni satu post album full dgn dialogue scripts kat bawah setiap gmbr.. kisah aleesya dipetang hari... :) post ni boleh buat mini story book dah.. :)

Sunday, September 11, 2011

baby highchair from mydear

baby highchair from mydear for mydear.. :D haha tergerak nk cerita pasal ni sebab anak dara mummy yg tersayang ni la.. mlm ni tertido atas high chair masa tgh busy2 drawing sambil tgk tv.. hihi sila baca kalau rajin nk tau cerita mlm ni.. ahaha..

baby highchair.. satu keperluan juga la bila anak2 dah membesar.. senang untuk makan sama2 dimeja makan.. selain boleh latih anak2 untuk makan dengan betul. jangan bergerak ke sana kemari masa makan.. senang juga bagi kaum ibu n bapa masa nk makan2 diluar nanti.. hihi dia dh biasa duduk jadi die akan duduk diam dan makan.. :) high chair Aleesya ni dah lama beli. macam biasa dari warehouse sales mydear..kali ni yang bulan March 2011,  sebab amat dekat dengan rumah kami.. harga di warehouse sales mydear .. agak murah berbanding jualan online/retail shop... setelah meneliti kesemua highchair disana & test drive by aleesya  maka daddy kami berkenan yg ni
ps: baik teliti semua barang sebelum beli.. ade yang ok, ade yang tak ok.. jangan terpedaya sgt dgn warehouse sales.. sila semak kualiti barang2 ye..

maka inilah ciri2 yang telah menarik minat daddy kami untuk membeli high chair tersebut....
yg mmg wajib: selesa bila aleesya testing td la..
yg lain;
1. 5 point harness
2. detachable tray
3. 3 recline level seat
4. convertible to writing desk jimat budget dari kena beli meja n kerusi lain yer..

addtional: can be used for watching tv, outdoor, indoor.. ahaha..




sila referpada website mydear : http://www.mydear.com.my/index.php?route=product/product&path=41&product_id=163

lupe ar plak.. nk cerita ape yg jadi mlm ni kan.. hihi syok promote barang pulak.. kalau ade income best jgk.. ni xde.. ahaha xpe.. mmg suke la part promote2 ni.. :P canni ceritanye;

sementara nak tunggu cerita kat tv9, mummy lepak teman daddy buat kerja yg berlambak tu..
kami set 2 lappy di meja makan.. kakak busy drawing & tgk tv, sambil duk ulang amik biskut raya kat meja makan...

'aleesya tgh drawing sambil tgk tv.. kul 10 nnt mummy nk tengok the cave of the golden roses ok sayang..'

dah agak lama tibe2 daddy kata rasa mcm sunyi je.. mesti kakak tgh khusyuk drawing.. (ayat ini telah ditranslate ke bahasa melayu okeh.. daddy mmg xreti ckp melayu :P)
mummy pon g la jenguk.. maka......mcm ni la gayanye....

'inilah hasil terkini highchair sofa bed ini yerrr... hihi :P 
sgt selesa ye drawing sambil tgk tv.. tgh syok2 drawing td.. tgk2 dh tertido la plak..xsampai 30min..hihi 
(umur aleesya 22 bulan 2minggu )'

Thursday, September 8, 2011

The cave of the golden rose

waaahhh... dah lama kan cerita ni.. dulu mummy tgk masa mummy sekolah rendah.. kat tv2..
ahaha punya la lama.. tapi still igt la watak2 utama walaupon jalan cerita mummy dh xigt sgt.. igt sikit2 je..
ahaha.. lama dh berlalu.. tiba2 tadi mummy dpt tahu tv9 akan tayangkan cerita tu.. waaahhhh seronokkkkk...
so tadi mummy dh chop dr daddy bermula ahad ni mummy nk remote.. xleh kacau.. sbb nk tgk crita ni sampai abis... ahaha daddy ckp ok.. :) sonotttttssssss....


lebih info disini yer.. tv9 cave of the golden roses

hobi main bedak

huhu memang hobi anak dara nan seorang ni main dengan bedak.. pantang nampak handbag... buka amik compact powder.. kalo masuk bilik tahu je nak amik bedak kat mana.. botol bedak dia pon boleh.. asal nama bedak.. bedak sapa2 pon xpe.. die xkesah.. janji ade bedak kat dalam utk die pakai.. huhu pakai nye sikit.. tabur atas lantai yg banyak.. huhu :(